Teringat dulu waktu belasan tahun. Masa zaman kasut Converse, Adidas, Stan Smith, Jack Purcell dan beberapa lagi kasut yang rare tahun 2003 masa tu..
.
Tunggu nak cuti sekolah lepak Bukit Bintang. Jalan jalan dalam Sg.Wang.. masa tu banyak kedai kasut dalam tu tak macam sekarang. Nak keluar pergi bandar ni kena dressup smart teruk! Bengah ada kawan yang sangat rapat.. kitorang lebih kurang macam Charlies Angel. Baju, seluar dan kasut semua boleh pakai sama! Kadang tukar tukar je. sebab sama saiz 😭 ahhh rindu nya zaman Hip Hop, Grunge, Indie, Tambi, Punk dan sewaktu dengannya..
.
DULU NAK BELI KASUT MAHAL.. paling mahal Bengah beli dulu Superstar dengan Ultrastar. Lebih kurang macam Adidas laa cuma kasut tu ada jalur 4 😂 hahaha. Adidas 3 jalur je. Jilake.. dulu bukan miskin tapi takde duit nak beli barang berjenama. Waktu tu beli kasut harga RM90 pon dah kira.. BAPAK ENGKAU KAYA!
.
Bila sekarang dah beli kasut apa yang Bengah minat.. teringat kenangan dulu. Beli kasut bundle, pakai kasut kawan, nak ada kasut sendiri kena ikat perut tak belanja dekat sekolah..😢
.
SEKARANG DAH ADA BANYAK DAN BERKOTAK KASUT.. BILA NAK PAKAI?
.
Entah la. Rasa nak beli reward untuk diri sendiri je. nanti anak dah besar boleh la dia pakai? Dulu tak tahu beza kasut original dengan copy ori. banyak beza.. terutama kualiti. Tapi kalau korang beli kasut ni sebab minat pakai? Beli lah. Bila dah ada duit lebih sikit.. beli la yang original dan berkualiti. puas hati.. sebab tahan lama. semua benda boleh jahanam! tapi kalau kita pandai pakai cermat. boleh tahan lama...
.
Saja buat coretan ni. Korang kasut paling mahal apa? Tak kisah la apa brand pon. Bengah lepas 15 tahun baru dapat beli kasut original idaman sendiri.
.
#AbangYangPenyayang
#LagendaMakhlokMacho